Polis Mohon Bantuan Kesan Tan Joon Tien

12/01/2025 04:25 PM

KUANTAN, 12 Jan (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Cameron Highlands, pada 28 Dis lepas. 

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan Tan Joon Tien, 14, daripada ibu saudaranya kira-kira 10 pagi 29 Dis. 

Beliau berkata remaja itu kali terakhir dilihat di sebuah rumah di Persiaran Oriental Lily 4, Taman Oriental, Tringkap, Cameron Highlands. 

“Remaja itu berkulit cerah, berbadan kurus dengan ketinggian 157 sentimeter, memakai kemeja-T lengan panjang warna jingga serta berseluar rona hitam dengan jalur putih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja itu tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands menerusi talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan