SEREMBAN, 14 Jan (Bernama) -- Seorang peniaga wanita dalam talian mengalami kerugian RM252,004 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lebih RM1 juta dalam tempoh dua bulan.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 39 tahun mula melabur selepas tertarik dengan iklan di Facebook dan memilih Pakej A, yang menjanjikan pulangan RM1.4 juta dengan pelaburan RM150,000.
"Pengadu juga meminjam wang daripada rakannya untuk menyertai pelaburan tersebut, sebagai permulaan pengadu membuat transaksi RM250 ke dalam sebuah akaun pada 12 Nov lepas pada 10.29 pagi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mangsa membuat 15 transaksi antara 12 hingga 24 Nov ke enam akaun bank berbeza, namun tidak menerima sebarang pulangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial