MELAKA, 15 Jan (Bernama) -- Seorang penganggur didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin hadapan balai polis dan cermin sebuah kereta, awal bulan ini.
Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin yang menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hidayat Burhan, 25, dan turut memerintahkan dia dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Hidayat didakwa membaling tukul besi sehingga menyebabkan cermin hadapan Balai Polis Tanjung Keling pecah, mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Kesalahan itu dilakukan di hadapan Balai Polis Tanjung Keling pada 10.10 malam, 7 Jan lepas.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memecahkan cermin hadapan sebuah kereta mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Batu 7, Tanjung Minyak pada 10.30 malam, 8 Jan lepas.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial