KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) -- Satu amaran larangan mengutip kerang di pesisir pantai daerah Dungun telah dikeluarkan oleh pihak polis.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir, berkata larangan ini dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
“Larangan ini diumumkan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
“Pesisir pantai daerah Dungun berisiko tinggi akibat arus laut yang kuat, dengan kelajuan angin mencecah 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.4 meter, selain perubahan cuaca yang tidak menentu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan menjalankan pemantauan berkala di kawasan pantai untuk memastikan larangan ini dipatuhi.
“Kami mengharapkan kerjasama semua pihak bagi memastikan tiada kemalangan jiwa di kawasan pantai disebabkan aktiviti ini,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial orang ramai membanjiri Pantai Sura di daerah Dungun untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai itu selepas dilanda ombak besar, sejak petang kelmarin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial