KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki warga Korea dijatuhkan hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki wang palsu, tahun lepas.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman terhadap Kim Jongdeok, 65, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh tangkap pada 28 Feb tahun lepas.
Lelaki itu didakwa memiliki wang palsu iaitu mata wang kertas Amerika Syarikat (US$) sebanyak tiga beg bagasi yang mengandungi wang kertas US$100 dan mata wang kertas Malaysia (RM) sebanyak 1,630 keping RM100 dan RM50 yang mana tertuduh tahu bahawa ia adalah palsu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Mont Kiara di sini pada 28 Feb 2024 mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R. Harvind memohon hukuman setimpal sebagai memberi pengajaran kepada tertuduh.
Bagaimanapun, Kim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan dia telah insaf dan mahu pulang ke negaranya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial