Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Tiga Kes Pecah Rumah

23/01/2025 10:13 PM

SEREMBAN, 23 Jan (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam. 

Ketua Polis Daerah Serembanberb berkata penahanan lelaki berusia 37 tahun pada 7.45 petang itu sekali gus menyelesaikan jenayah pecah rumah yang dilakukannya pada hari sama sekitar 3 hingga 6 pagi membabitkan anggaran kerugian keseluruhan RM10,000.

Beliau berkata turut dirampas termasuk beg tangan berjenama, wang tunai mata wang asing, jam tangan, telefon bimbit, minyak wangi, pakaian, beberapa utas cincin dan gold bar.

“Kira-kira 10 pagi semalam, kita terima laporan daripada seorang wanita memaklumkan rumahnya di Taman Desa Ros, Senawang dimasuki pencuri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hatta berkata semakan rekod mendapati suspek mempunyai 17 rekod jenayah termasuk sembilan jenayah narkotik dan ujian saringan air kencing didapati positif. 

Suspek kini direman empat hari bermula hari ini serta kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian Hotline IPD Seremban di 06-6033222.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan