Lelaki Cedera, Rumah Musnah Dijilat Api

24/01/2025 02:09 PM

LABUAN, 24 Jan (Bernama) -- Seorang lelaki cedera apabila rumahnya di Taman Rancha-Rancha Fasa 1 musnah dijilat api dalam kejadian awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan Abdul Rahman Ali berkata dalam kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira 5 pagi itu, seorang penghuni rumah separuh kayu terbabit cedera di tangan dan kaki ketika cuba menyelamatkan harta benda.

"Bilik operasi jabatan menerima panggilan kecemasan pada 5.16 pagi dan beberapa jentera bersama 25 anggota tiba di lokasi kejadian 30 minit kemudian, namun api terlalu cepat merebak sehingga turut memusnahkan sebuah kereta Audi dan Suzuki Swift," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Rahman berkata pasukan bomba berjaya mengawal api sejam kemudian dan dapat mengelakkan api daripada terus merebak memusnahkan kediaman lain di sekitar lokasi kejadian.

"Penghuni yang cedera diberi rawatan awal, keadaannya kekal stabil," katanya dan menambah punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan