KUALA TERENGGANU, 27 Jan (Bernama) -- Polis Terengganu berjaya mengutip RM131,450 bayaran saman tertunggak dalam tempoh lapan jam bermula 10 pagi hingga 6 petang semalam.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata jumlah kutipan itu melibatkan penyelesaian 1,078 saman trafik selepas diberi diskaun 50 peratus sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dataran Shahbandar Kuala Terengganu.
Beliau berkata 434 daripada saman tersebut melibatkan notis PDRM (K) 257 berjumlah RM60,670 manakala bakinya bagi notis saman PDRM (K) 170 A berjumlah RM70,780.
"Kita telah membuka tiga perkhidmatan kaunter yang dikendalikan sembilan petugas sempena kempen keselamatan jalan raya semalam.
"Alhamdulillah, sambutan yang diterima daripada orang ramai amat menggalakkan. Masing-masing mengambil peluang membayar saman dengan kadar lebih rendah bagi mengelak kesukaran pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial