Guna Jalan Tidak Diwartakan 11 Pendatang Tanpa Izin Ditahan

27/01/2025 06:48 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.

Pegawai pemerintahnya Supt Jafri Muhamad berkata dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Anggerik, Sungai Besar, Selangor pada 6 pagi semalam, polis menahan masing-masing lima lelaki serta wanita warga Indonesia berusia antara 21 hingga 45 tahun.  

Beliau berkata semasa pemeriksaan dilakukan menerusi Op Taring Nyah 1 itu, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil siasatan lanjut, seorang lelaki warga Indonesia yang bertindak sebagai tekong darat (transporter), berusia 38 tahun turut ditahan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jafri berkata pihaknya juga merampas dua kenderaan serta beberapa telefon bimbit dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM83,500. 

Kesemua yang ditahan serta barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk tindakan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Akta Imigresen 1963.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan