Kanak-kanak Lelaki Dikhuatiri Lemas Terjatuh Dalam Longkang

27/01/2025 07:50 PM

KOTA TINGGI, 27 Jan (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang itu dalam keadaan hujan lebat.

"Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dan arus air deras serta dalam," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian masih dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shawaluddin Amin Nordin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.28 petang.

“Seramai sembilan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Fire Response Vehicle (FRV), dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya operasi pencarian masih diteruskan sehingga kini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan