Polis Kesan Pemandu BMW Langgar Lari

02/02/2025 03:08 PM

BUTTERWORTH, 2 Feb (Bernama) -- Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai melanggar motosikal ditunggang seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam kejadian langgar lari, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati alamat pemandu tersebut di Perak dan Johor.

“Usaha mengesan pemandu kereta tersebut giat dijalankan dan kami meminta bantuan polis di kedua-dua negeri tersebut," katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular di media sosial beberapa rakaman video kamera papan pemuka memaparkan seorang penunggang motosikal wanita terjatuh selepas dilanggar kereta BMW 5 Siri sebelum pemandunya meninggalkan mangsa, dalam kejadian pada 8.45 pagi

Mangsa dalam insiden itu dikatakan mengalami cedera di kaki dan rahang serta terpaksa menerima beberapa jahitan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan