Polis Terima Laporan Wanita Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual

08/02/2025 11:48 AM

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Polis mengesahkan menerima laporan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual anggota polis ketika hadir memberikan keterangan pada Khamis berhubung kes perhimpunan di ibu kota pada 19 Dis tahun lepas. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan itu pada 6 Feb daripada wanita terbabit yang tidak berpuas hati atas tingkah laku anggota polis yang didakwa berlaku terhadapnya. 

“Pengadu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk diambil keterangan berhubung siasatan kes perhimpunan itu yang disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Selain pengadu, terdapat lapan individu lain yang diambil keterangan pada hari sama bagi membantu siasatan kes perhimpunan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes masih pada peringkat siasatan dan menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. 

-- BERNAMA 


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan