Siasatan Kes Tipu Isteri Pelawak Selesai

08/02/2025 02:55 PM

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) baru-baru ini untuk arahan selanjutnya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek wanita itu kini ditahan reman di Sabah untuk siasatan kes penipuan lain disyaki membabitkan suspek itu di negeri berkenaan.

“Selesai siasatan di Sabah, suspek akan diambil semula untuk dituduh di mahkamah membabitkan kes penipuan di Selangor,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada Khamis lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata semakan turut mendapati suspek mempunyai tujuh kes penipuan di lima negeri melibatkan kerugian keseluruhan RM161,355.

Media sebelum ini melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 33 tahun berhubung dakwaan kes penipuan bantuan urusan menukar seksyen hukuman di mahkamah membabitkan suaminya. 

Mangsa dilaporkan bertemu seorang wanita berumur 28 tahun pada Disember tahun lepas bagi membincangkan mengenai masalah yang dihadapi suaminya dan ditawarkan bantuan untuk menukar seksyen kesalahan di mahkamah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan