SEREMBAN, 10 Feb (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki mencabul wanita di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan di sini, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan susulan maklumat orang awam pada 12.15 tengah malam tadi.
“Lelaki itu terlebih dahulu ditangkap orang awam sebelum menyerahkannya kepada polis. Mangsa merupakan wanita tempatan berusia 20-an.
“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau melibatkan kesalahan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Malik berkata lelaki itu direman empat hari hingga 13 Feb dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial