Tukang Kayu Rugi Lebih RM400,000 Terpedaya Sindiket ‘Love Scam’

25/02/2025 04:33 PM

KUANTAN, 25 Feb (Bernama) -- Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terpedaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook pada Februari tahun lepas. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata selepas beberapa bulan perkenalan, lelaki berusia 62 tabun itu, telah diminta oleh suspek untuk membantunya membayar tiket kapal terbang bagi tujuan pulang ke Amerika. 

Beliau berkata mangsa yang berasa kasihan kepada suspek telah memindahkan sejumlah wang sepertimana dikehendaki dan sejak dari itu, warga emas tersebut sering kali diminta suspek untuk membantunya atas pelbagai alasan. 

“Mangsa telah membuat sebanyak 132 kali transaksi ke dalam dua akaun yang berbeza berjumlah RM420,750. Wang berkenaan adalah hasil dari wang simpanan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa. Ada juga wang yang telah dipinjam dari rakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan panggilan dari individu yang tidak dikenali dan turut diingatkan untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan