Warga Emas Maut Motosikal Terlibat Kemalangan Di Jambatan P. Pinang

02/03/2025 04:57 PM

GEORGE TOWN, 2 Mac (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata dalam nahas kira-kira 8.30 pagi itu, motosikal ditunggang mangsa yang berusia 71 tahun dipercayai terbabas setelah bergesel dengan sebuah motosikal lain.

"Lelaki warga emas itu maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang merupakan warga asing dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke HPP untuk bedah siasat dengan kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Lee berkata kemalangan berasingan melibatkan sebuah kereta dan bas menyebabkan  kesesakan teruk di Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua hala sejauh lima kilometer pagi tadi.

Beliau berkata kemalangan pada 9.20 pagi itu menyaksikan kereta berkenaan terbaik dan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan iaitu menghala ke George Town setelah melanggar bahagian belakang bas tersebut.

"Pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 46 tahun dan penumpangnya, 47 tahun bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan kes itu itu disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan