KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari sebuah rumah perlindungan di Petaling Jaya, dekat sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Thavamalar pada 5.13 petang semalam.
"Remaja berkenaan kali terakhir dilihat berada di Jalan 12/6 Seksyen 12 Petaling Jaya pada 7.05 malam 28 Feb dan mempunyai ketinggian 159 sentimeter, berambut panjang serta berbadan kurus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja berkenaan boleh tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di 03-79662222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial