Tiga Lelaki Disyaki Rompak Kedai Emas Di Nilai

04/03/2025 08:59 AM

SEREMBAN,  4 Mac (Bernama) -- Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dua suspek  masuk ke dalam premis, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan syaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasar raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian rompak berlaku kira-kira 8.36 malam tadi. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian.

“Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai ditalian 06-7904222.

Beberapa rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, menunjukkan dua lelaki bertopeng merompak sebuah kedai emas di dalam pasar raya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan