Polis Kesan Lelaki Hilang Sejak 23 Feb

05/03/2025 12:35 PM

GEORGE TOWN, 5 Mac (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan hilang sejak 23 Feb.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad menerusi kenyataan di sini hari ini berkata Muhamad Shahir Ghazali berketinggian 163 sentimeter, dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah.

Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Sub Inspektor Mior Faizul Harim Osman di 019-4783122 atau Balai Polis Sungai Nibong di 04-6430222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan