Dua Wanita Ditahan Bantu Siasatan Kes Letak Mayat Bayi Di Pusat Perlindungan

11/03/2025 10:51 PM

KUANTAN, 11 Mac (Bernama) -- Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Rompin.

“Suspek pertama seorang penganggur berusia 24 tahun, ditahan di sebuah rumah kira-kira 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan dalam bilik tidur suspek menjumpai satu plastik putih bertutup rapat tertera tulisan ‘Ubat Terkawa/Controlled Medicine’ dan ‘ADV’.

“Di dalamnya mengandungi tiga peket plastik lut sinar berisi pil disyaki ubat digunakan untuk memaksa kelahiran diletakkan di atas meja bilik suspek. Sementara kakaknya iaitu suspek kedua, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin kira-kira 3 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini. 

Beliau berkata kedua-duanya direman hingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan