Anggota Polis Disyaki Minta, Terima Rasuah RM25,000 Direman Enam Hari

20/05/2025 01:48 PM

KUALA TERENGGANU, 20 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu hari ini menahan reman seorang anggota polis yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM25,000, pada Oktober 2020.

Perintah reman sehingga 25 Mei itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Yuhanis Mohd Roslan selepas membenarkan permohonan oleh suruhanjaya berkenaan di Mahkamah Majistret, di sini hari ini. 

Menurut sumber, lelaki berusia 30-an yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri Terengganu, menerima suapan berkenaan sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang individu di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Suspek telah menerima suapan secara tunai dan juga melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik suspek dan isterinya,” katanya menambah dia ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan