Enam Nelayan Positif Dadah Ditahan

21/05/2025 06:40 PM

IPOH, 21 Mei (Bernama) -- Enam lelaki ditahan kerana positif dadah dalam Op Bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung di sekitar perairan Pangkor, semalam. 

Pengarah Maritim Malaysia Perak Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata kesemua yang ditahan merupakan warga tempatan berumur lingkungan 20-an hingga 60-an selepas ujian saringan air kencing dijalankan di atas bot-bot nelayan di kawasan berkenaan.

"Operasi bagi membanteras aktiviti penagihan dadah dalam kalangan komuniti nelayan di sekitar perairan Pangkor ini melibatkan 21 pegawai dan anggota kedua-dua agensi. 

"Mereka yang ditahan telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Shukri berkata Maritim Perak bersama agensi berkaitan akan terus memelihara keselamatan perairan negara serta memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan komuniti maritim.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan