Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Angel

27/05/2025 10:30 PM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Petaling Jaya sejak 15 Mei lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Angel Ho Kha Suen pada 8.36 malam, 19 Mei lepas.

Beliau berkata remaja itu berkulit cerah, berketinggian 160 sentimeter dan berambut lurus berwarna coklat sehingga paras pinggang.

“Remaja itu kali terakhir dilihat di Jalan 21/33 Seapark, Petaling Jaya pada 2 petang, 15 Mei lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan