Enam Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang

28/05/2025 01:14 AM

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seorang wanita warga asing dan anak lelakinya menempuh detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi di Taman Puchong Perdana.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata dua beranak berusia 30-an dan dua tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok tumbang menghempap enam kenderaan di Taman Puchong Perdana, Puchong.

“Sebuah jentera dengan 11 anggota serta sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Md Razali berkata kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga, manakala kerja menebang dan mengalihkan pokok yang tumbang turut dilakukan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan