Bomba Selamatkan Bayi Perempuan Terperangkap Dalam Kereta

05/06/2025 06:12 PM

IPOH, 5 Jun (Bernama) -- Seorang bayi perempuan berusia setahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap dalam sebuah kereta berhampiran pasar raya di Taiping hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.46 tengah hari dan menggerakkan sembilan anggota ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di lokasi mendapati seorang bayi perempuan berusia setahun terperangkap dalam kereta yang diparkir bersebelahan gerai tepi jalan milik keluarganya berniaga di situ. Kereta itu terkunci secara automatik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada 12.53 dan bayi itu diselamatkan 20 minit kemudian.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan