SIBU, 8 Jun (Bernama) -- Seorang pemandu lori balak rentung apabila kenderaan dipandunya itu terbakar akibat kemalangan di jalan balak di kawasan Samarakan, Bintulu hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 1 tengah hari.
Mangsa dikenal pasti sebagai Kanang Inggai berusia 57 tahun.
“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu yang tiba di lokasi kemalangan mendapati mangsa terperangkap di dalam kenderaan.
“Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa pada 2.49 petang,” menurut kenyataan itu.
Menurut PGO bahagian kepala lori itu terbakar 100 peratus, namun api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja sebuah syarikat berhampiran lokasi kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial