Warga Emas Maut Nahas Libat Dua Kenderaan Di Sepang

09/06/2025 11:40 AM

SEPANG, 9 Jun (Bernama) -- Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Teluk Merbau di sini malam tadi.

Kemalangan yang berlaku pada 8.50 malam itu melibatkan kereta Perodua Viva dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.50 malam.

“Anggota tiba di lokasi pada 9.11 malam dan didapati terdapat lima mangsa yang terlibat. Seorang wanita berumur 70 tahun maut dan dua wanita berusia 20-an cedera parah pada bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua lagi mangsa lelaki berumur 20-an dan 55 tahun masing-masing mengalami cedera ringan pada lutut dan kedua-dua belah tangan.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan