Kertas Siasatan Kes Pelakon Terlibat Amang Seksual Dihantar Ke TPR

13/06/2025 10:08 PM

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Kertas siasatan berhubung kes seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya kini menunggu maklum balas daripada pihak TPR sebelum tindakan perundangan selanjutnya diambil.

“Kertas siasatan lengkap telah dihantar dan kita tunggu untuk tindakan lanjut bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792),” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati mangsa dan suspek pernah bertemu sebanyak dua kali sebelum ini dalam acara atau konsert selebriti tersebut. 

"Kami percaya mangsa memang peminat kepada selebriti itu. Mereka saling mengenali hasil perjumpaan di beberapa venue.

Hussein berkata perbuatan amang seksual itu terbongkar selepas laporan polis dibuat ibu remaja perempuan terbabit. 

Pada 4 Jun lepasmedia melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan di sebuah hotel di negeri ini.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan