IPOH, 16 Jun (Bernama) -- Satu mayat reput tanpa pakaian yang ditemukan tergantung pada sebatang pokok di ladang kelapa sawit di Felda Gunung Besout 2, Trolak semalam.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata mayat lelaki dewasa itu ditemukan oleh orang awam yang mencari lembu ternakan di ladang tersebut pada 5.13 petang.
“Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati jangka masa kematian dianggarkan sekurang-kurangnya beberapa minggu atau bulan, selain sebab kematian adalah unascertained (tidak dapat dipastikan) disebabkan kesan mumifikasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, dengan doktor turut mengesahkan tiada kesan kecederaan lain ditemukan pada mayat itu.
Mohd Hasni meminta mereka kehilangan ahli keluarga atau rakan untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Trolak Sarjan Mohamad Rizal Sahiaren menerusi talian 017-5603331 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim 05-4528222.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial