Dua Lelaki Termasuk Warga Pakistan Maut Kemalangan

17/06/2025 12:19 PM

SEREMBAN, 17 Jun (Bernama) -- Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan maut selepas motosikal mereka terlibat kemalangan membabitkan sebuah kereta di Kilometer (KM) 17 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata dalam kemalangan pada 8.58 malam itu,  warga Pakistan berusia 44 tahun serta pengawal keselamatan warga tempatan berumur 26 tahun maut akibat parah di kepala dan kaki. 

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dipandu lelaki berusia 46 tahun dari Simpang Pertang menghala Bahau melanggar belakang motosikal Honda C100B ditunggang penjual roti warga Pakistan.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal seorang lagi mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

 Norhisham berkata pemandu kereta tidak cedera dalam kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Yasmin Beevee Mohamed Ali menerusi talian 012-9434222.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan