Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Maut Dipercayai Didera

23/06/2025 06:13 PM

MELAKA, 23 Jun (Bernama) -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini dipercayai akibat didera.

Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu kira-kira 10.15 pagi tadi, selepas doktor yang merawat kanak-kanak tersebut memaklumkan mangsa meninggal dunia pada 9.45 pagi.

“Doktor berkenaan sebelum itu menerima seorang pesakit kanak-kanak dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dihantar oleh bapa tiri mangsa ke hospital berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pesakit patah kaki dan terdapat kesan lebam di bahagian kepala serta badan disyaki akibat didera,” katanya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan