PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Seorang pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan sekali lagi kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram dan menggunakan hasil rasuah melalui akaun peribadi, syarikat miliknya serta saudara dan sekutu.
Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan suspek direman selama empat hari hingga Sabtu ini selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Lelaki itu sebelum ini ditahan reman hingga 19 Jun bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan salah guna kuasa dengan penyelewengan dana milik NGO di tempat suspek bekerja.
Menurut sumber, lelaki berusia 30-an itu ditahan kira-kira 2.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
“Suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan antara 2015 hingga 2025,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial