Wanita Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lapan Hotel

26/06/2025 02:12 PM

SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) -- Seorang wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita berusia 26 tahun itu pada 6.35 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan. Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan busket strecther hingga selesai.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan