SEREMBAN, 29 Jun (Bernama) -- Mayat seorang lelaki warga Bangladesh ditemukan terapung di permukaan Sungai Muar, Kampung Kuala Gemas, Gemas dekat sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata pihaknya menerima laporan membabitkan buruh berusia 46 tahun itu pada 9.55 pagi tadi.
“Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa adalah lelaki yang dilaporkan lemas di Pam Air Kampung Bangkahulu, Gemas pada Khamis lepas, dia dikatakan terjatuh ketika mahu memasang jaring untuk menangkap ikan dan dilaporkan hanyut sejauh 13 kilometer.
“Waris mangsa juga telah membuat pengecaman ke atas mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial