"Tindakan ini akan membolehkan suspek mendapat kawalan penuh terhadap peranti mangsa seterusnya membaca mesej TAC/OTP yang dihantar oleh bank dan mengakses aplikasi perbankan atau e-dompet.
"Suspek akan melakukan transaksi secara berkali-kali tanpa pengetahuan mangsa, menyebabkan kerugian sehingga puluhan ribu ringgit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairi berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak bank dan Bank Negara Malaysia bagi mengesan transaksi serta pemilik akaun keldai atau ‘mule account’.
Sehubungan itu Mohd Khairi menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran yang mencurigakan di laman sosial.
"Pengguna perlu membuat semakan dengan pihak bank terlebih dahulu melalui saluran rasmi jika menerima sebarang pautan meragukan.
"Jangan sesekali berkongsi maklumat OTP kepada mana-mana pihak dan laporkan segera kepada Scam Response Center (CCID) di talian 997 atau melalui portal https://semakmule.rmp.gov.my," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial