Peniaga Makanan Sejuk Beku Rugi Lebih RM600,000 Terperdaya Pelaburan Tidak Wujud

03/07/2025 10:58 PM

SEREMBAN, 3 Julai (Bernama) -- Seorang peniaga makanan sejuk beku mengalami kerugian lebih RM600,000 selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud secara dalam talian, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata mangsa yang berusia awal 50-an itu membuat laporan polis pada 1.17 petang tadi.

“Lelaki berkenaan menyatakan telah berurusan dengan individu yang menawarkan pelaburan itu pada 21 April lepas sebelum diminta mendaftar akaun platform e-dagang untuk memulakan pelaburan perniagaan dan jualan barangan melalui kedai dalam talian miliknya.

"Mangsa kemudian memindahkan wang ke dalam 19 akaun bank yang diberikan untuk tujuan pelaburan saham menerusi 43 transaksi dengan keseluruhan berjumlah RM677,890," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abdul Malik berkata mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat membuat pengeluaran keuntungan dan wang modal yang telah dilaburkan dengan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan