KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Tiga warga asing terselamat dalam kebakaran sebuah gudang barangan runcit empat tingkat di Jalan Tandang, Petaling Jaya, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi sebelum 16 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kebakaran melibatkan tingkat bawah bangunan gudang berkeluasan 60 x 100 kaki persegi dan dianggarkan 40 peratus daripada struktur bangunan terjejas. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.04 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa, iaitu seorang lelaki India serta sepasang warga Myanmar tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shahrul Nizam Shamshudin, melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala, Petaling Jaya dan Damansara.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
– BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial