Bom Lama 227 Kilogram Ditemukan Di Kebun Kelapa Sawit Di Nyalas

14/07/2025 07:22 PM

JASIN, 14 Julai (Bernama) – Seorang penduduk terkejut apabila menemukan sebutir objek yang dipercayai bom lama ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di kebun kelapa sawit miliknya di Felda Bukit Senggeh, Nyalas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan tersebut pada pukul 1.47 tengah hari sebelum sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom dari Cawangan Persenjataan, Bahagian Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan merupakan bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) dengan anggaran berat sekitar 227 kilogram.

“Pasukan pemusnah bom akan melaksanakan kerja-kerja pemusnahan secara terkawal esok mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan tersebut yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta mengganggu ketenteraman masyarakat setempat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan