JIM Terengganu Cekup 11 Pati

15/07/2025 09:36 PM

KUALA TERENGGANU, 15 Julai (Bernama) --  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 11 pendatang asing tanpa izin dalam Ops Bersepadu yang dijalankan bersama jabatan dan agensi berkaitan di sekitar sini dan Kuala Nerus hari ini.

Pengarahnya Mohd Yusri Mohd Nor berkata kesemua yang ditahan itu berumur antara 22 hingga 40 tahun, hasil pemeriksaan pihak berkuasa ke atas 120 individu warga asing dan rakyat tempatan di 12 premis.

“Bagi pihak JIM kita membuat 11 tangkapan melibatkan tujuh lelaki Bangladesh, tiga lelaki warga Myanmar dan seorang wanita warga Indonesia.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen iaitu tidak memiliki sebarang dokumen yang sah, kedua; Seksyen 15 (1)(C) tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen dan terakhir Peraturan 39B menyalahgunakan pas,” katanya kepada pemberita selepas operasi.

Beliau berkata pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki warga Myanmar yang memandu kereta tanpa lesen meskipun dia cuba melarikan diri dengan kereta tersebut sejauh dua kilometer.

“Setelah berjaya dikejar dan ditangkap oleh anggota JIM, lelaki tersebut diserahkan kepada JPJ (Jabatan Pengangukat Jalan) untuk tindakan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan