Lelaki Warga Emas Nyaris Maut, Kereta Rempuh Bangunan Dalam Pembinaan

16/07/2025 06:23 PM

BUTTERWORTH, 16 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas nyaris maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah bangunan dalam proses pengubahsuaian di Jalan Jetty Lama di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata dalam kejadian pada 2 petang itu, mangsa G. Palanivelu, 77, yang memandu kereta Perodua Kenari secara bersendirian mengalami kecederaan ringan.

“Sebaik pihak bomba tiba, pemandu kereta itu didapati tersepit di ruangan pemandu dan komander operasi membuat size up melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas kebombaan rescue tools.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2.28 petang dan diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan sebuah kereta merempuh bangunan dua tingkat sehingga kenderaan itu dipenuhi batu bata dari bangunan yang dalam pembinaan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan