KOTA BHARU, 21 Julai (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup 10 ekor lembu yang dianggar bernilai RM150,000 selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di Jalan Utama Banggol Setol, Pasir Mas semalam.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun itu ditahan pada 12.15 tengah malam ketika anggotanya menjalankan tugas dalam Op Taring Kandang.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat 10 ekor lembu di bahagian belakang lori dan pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen pemindahan lembu yang sah untuk rujukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
“Kesemua lembu itu disyaki dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan dan kes diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial