GEORGE TOWN, 21 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti pendakian di Moongate Trail Botanic Garden di Pulau Tikus, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa ialah Lim Kee Wan, berusia 60 tahun.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.56 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki pengsan.
“Pasukan Keluaran Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal yang tiba di lokasi pada 10.11 pagi cuba memberikan bantuan pernafasan, namun gagal menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Lim disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial