Polis Terima Empat Laporan Berkaitan Perhimpunan Di Dataran Merdeka

28/07/2025 12:07 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Polis menerima empat laporan berhubung perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas termasuk satu kes melibatkan patung mirip Perdana Menteri di kawasan berhampiran Masjid Negara.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata tiga laporan lagi melibatkan perbuatan menerbangkan dron ketika perhimpunan berlangsung.

Beliau berkata kes patung itu dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Tiga laporan berkenaan dron dihantar kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk tindakan lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohamed Usuf berkata walaupun perhimpunan itu dijalankan secara aman dan mendapat kebenaran, pihak polis tetap menyiasat sebarang salah laku oleh peserta. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan