Polis Minta Bantuan Kesan Reena Ong Ai Chin

04/08/2025 06:42 PM

NIBONG TEBAL, 4 Ogos (Bernama) -- Polis meminta orang ramai membantu mengesan seorang wanita berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak hujung bulan lepas.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata Reena Ong Ai Chin disyaki keluar dari rumahnya di sini, pada 30 Julai dan masih belum pulang hingga kini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit diminta menghubungi Ketua Polis Balai Nibong Tebal ASP Rusli Tipu menerusi talian 013-441 600 atau tampil ke balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan