Pemilik Premis Percetakan Didenda Guna Mesin Cetak Tanpa Lesen Sah KDN

14/08/2025 11:34 AM

KANGAR, 14 Ogos (Bernama) -- Seorang pemilik premis percetakan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan mesin cetak tanpa lesen sah daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Majistret Nurshahida Abdul Rahim turut memerintahkan Muhammad Suhail Sazali, 34, menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu.

Muhammad Suhail dituduh melakukan kesalahan terbabit di Premis Suhail Enterprise, No.4, Jalan Stadium Utama, Padang Nyaring, di sini pada 11.45 pagi, 15 Okt 2024 dan dia didakwa mengikut Seksyen 3(4) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Perlis Esmahalil Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh kemudian membayar denda berkenaan.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan