KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak 40 pegawai dan anggota untuk memantau perhimpunan Demi Zara yang dijadualkan di pekarangan sebuah kompleks beli-belah di sini, malam ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya akan menempatkan anggota keselamatan di sekitar lokasi perhimpunan.
“Setakat ini tiada sebarang penutupan atau lencongan jalan raya namun ia bergantung kepada situasi semasa. PDRM akan memudah cara peserta perhimpunan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Zara Qairina Mahathir disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama SMKA Tun Datu Mustapha, Papar pada 4 pagi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar memaklumkan siasatan kes yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kini menjurus kepada elemen jenayah termasuk kesalahan buli.
Jabatan Peguam Negara juga memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues selepas meneliti laporan siasatan PDRM.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial