Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Dua Lelaki Hilang Di Kuantan

18/08/2025 09:32 PM

KUANTAN, 18 Ogos (Bernama) -- Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan dua lelaki yang dilaporkan hilang sejak minggu lepas, termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Aliff Syazwan Shah Mohd Nizam, 23, pada 14 Ogos lepas.

“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa Mazlianatum Mohamed Salleh, 46, ketika dihubungi berkata kali terakhir beliau melihat anaknya adalah pada pagi Ahad lepas ketika keluar untuk menunaikan solat Subuh di masjid.

“Dia memang selalu solat di masjid. Sebelum ini, kalau dia keluar, paling lewat pun dua hari, tiga malam akan balik,” katanya.

Mazlianatum berkata anaknya mempunyai ciri fizikal berkulit cerah, berketinggian 180 sentimeter, berbadan sederhana dan kali terakhir dilihat memakai jersi bersama seluar trek.

Dalam hantaran lain, Ashari berkata pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi lelaki Cheong Sang Tai @ Cheong Soon Tai, 75, yang turut dilaporkan masih hilang sejak Rabu (13 Ogos).

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat kedua-dua lelaki berkenaan untuk segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 -- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan