Kelindan Maut Lori Dinaiki Langgar Pembahagi Jalan

21/08/2025 10:42 AM

KEPALA BATAS, 21 Ogos (Bernama) -- Seorang kelindan maut manakala pemandunya cedera selepas lori yang dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di KM116 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi tadi. 

Dalam kemalangan itu, mangsa Saipol Nizam Aman @ Ahmad, 41, yang tersepit di ruang kabin lori meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu, Mohd Azmi Mohd Yasa, 31, yang cedera dikejarkan ke Hospital Kepala Batas di sini untuk rawatan. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.42 pagi dan terus ke lokasi kemalangan.

"Sebaik tiba, mendapati sebuah lori lima tan terbabas melanggar pembahagi jalan dan terdapat dua orang mangsa dalam kenderaan tersebut.

"Komander operasi membuat size up dan usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di ruang penumpang dilakukan dengan menggunakan peralatan khas menyelamat. Kelinda tersebut berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi sebelum mayatnya dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan