MELAKA, 26 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki bidang perubatan di sebuah universiti swasta di Bukit Baru dilaporkan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Jalan Tun Perak di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pelajar tahun akhir berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Melaka.
Beliau berkata dalam kejadian pada 10.42 malam semalam, mangsa dilaporkan keluar dari bilik mandi sebelum dikatakan terjatuh dari apartmen yang disewa bersama lima lagi rakannya yang juga penuntut di universiti sama.
"Mangsa bagaimanapun terselamat selepas terjatuh di beranda tingkat lima apartmen itu tetapi mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital.
"Siasatan awal mendapati kejadian itu tiada kaitan dengan sebarang kes buli dan mangsa disifatkan sebagai seorang yang baik serta selalu membantu rakan-rakan lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa dibawa turun oleh anggota bomba sebelum dihantar ke hospital.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial