LAHAD DATU, 26 Ogos (Bernama) -- Bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di tebing Sungai Segama, Kampung Batu 8, di sini, Ahad lepas, berjaya dimusnahkan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Ismail berkata pemusnahan dilakukan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada pukul 11.33 pagi.
“Bom berkenaan dimusnahkan menggunakan kaedah Low Order dengan bantuan sistem elektrik serta bahan letupan khas. Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi itu melibatkan empat pegawai dan 17 anggota termasuk Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Terdahulu, seorang lelaki berusia 52 tahun melaporkan penemuan objek berbentuk bom ketika menjala ikan di tebing sungai berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial